Tuesday, October 28, 2008

TaK Tau NaK WaTPe..:p

petang2 camni kalau dok tdo best ni...tapi dah lepas asar xelok tdo..apa nak buat ya petang ni..manik ade jer yang nak kene jahit tapi malas plak nak jahit..asyik menjahit jerk..arini rase malas jer nak pegang baju tu..haihh..apa malas2 ni..kepala ligat pikir nak jahit manik ke tulis blog..kadang2 ok gak kan kalau pandai menulis blog2 ni kan..tapi nak buat ayat nyer jadi lintang pukang kalau orang yang xpandai buat essay cam saya ni..huhuhu..:p

siang malam pagi petang tau2 jer bulan syawal pun dah sampai ke penghujung...banyak benda yang berlaku..bila dikenangkan balik kadang2 seronok..kadang2 tak..camner tu ya...sape nak jawab tu..huhuhu..first raya sepupu2 datang beraya kat umah rase seronok..tengah seronok menjamu selera tibe2 jer ada sorang sepupu ni tanya.."shiela dah ada pakwe"..terkejut dengar pertanyaan die..aku cume tersenyum jer..mengiakan nya pun tidak menidakkan pun tidak..pas tengok reaksi aku camtu die sambung lagi..dengan nada bergurau nya..kalau camtu boleh la ya shiela kita plak awal tahun depan pas akak aku si ayu ngan azli...tersentak aku dengar...tapi dibalas dengan senyuman jugak..dalam hatiku berkata dengan siapa pun jodoh ku aku xkisah..jodoh pertemuan di tangan Tuhan..

selang beberapa hari selepas tu..tup2 tibe2 ada orang lain lak kate nak masuk minang..terkejut lagi dengar berita ni..xkisahla jodoh ku ngan sape pun aku terima..
cam xcaya je kan..dengan senangnyer aku terima tu..dalam masa yang singkat macam2 leh jadi kan..dah 2minggu lebih jadi tunangan orangni..sekejap jer masa berlalu begitu saja..xlama lagi nak kawin plak..haihh perasaan ni kadang2 xmenentu jadinya..xtaula kenapa..ya allah berilah hambamu ini petunjuk dan kuatkanlah pendirian hambamu ini ya allah..semoga semuanya berjalan dengan lancar...

apa lagi nak tulis ya..nak edit gambar time tunang aritu pun gambar xde la sangat...xde orang yang simpati nak bagi tengok gambar banyak2..kui3..xnakla mintak slaloo sangatkan..orang dah xnak bagi jangan dipaksa..betul x..huhuhu..oklah sampai cni je kot arini..nak siap2 nak keluar kejap lagi..jumpe lagi...daaa...:)

Monday, October 27, 2008

SuMaiYYaH...

Sumayyah binti Khabbab merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar. Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, di Mekah


Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.


Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam. Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.


Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga

  • Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
  • Rumah mereka dibakar
  • Dicucuk dengan besi panas
  • Ditikam dengan lembing
  • Dicungkil biji mata
p/s:rase cam nak mati syahid jugak..:)

Friday, October 24, 2008

MeMoRY masa LaLu...

eh2..kenapa sume pakai baju warna merah hitam nii...ada pape ker...jeng3..ni kami bergambar berlatar belakangkan bangunan A Famosa Melaka..Jalan2 bersama family memang menyeronokkan..gambar ni diambil time selepas tamat majlis di kolej..Majlis apa ya??siap baju sume warna sama..cam dah berjanji jerk..memang pon..majlis sempena perpisahan pelajar sem akhir di kolej..nak berpisah mestila ada majliskan..baru rase macam nak berpisah..betul tak..huhuhu..pensyarah unit fesyen dan pakaian adakan pertunjukan fesyen bagi pelajar sem akhir..nak tengok baju rekaan saya..jom kite tengok kat bawah nie..kalau tak cantik jangan komen ya..

Yang model pegang beg ladybird tu la baju rekaan saya..simple jer tapi di penuhkan dengan manik supaya nampak menarik..amacam ok tak..okla tu kan..setiap tema ada 2 orang designer tu yang ada 2 orang model kat situ..saya buat researh ngan housemate saya..kami pilih tema ladybird tu yang sume pakai baju merah hitam..nak ikut tema kami la katakan..siap sewa 1 table khas untuk family..jangan xcaya ada pensyarah suke baju rekaan kami..bukan suke apa pon suke ngan manik yang dibuat jer...ish3..xpatut2..tapi takpe yang penting baju kami berada di tingkat atas sekali..huhuhu..apa tak percaya??tak percaya sudah..saper suruh percaya pon...kuang3..oklah last sekali jom kite tengok gambar kenangan kali terakhir bersama kawan2 seperjuangan saya..semoga kita bertemu lagi di lain waktu..insyaallah..

cube carik di mana saya bersembunyi??:) apa??tak jumpa??padan la muka..:p

Friday, October 17, 2008

RaHSia SoLaT...

Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat
Berdiri Betul Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur
Takbiratul Ihram Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur
Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur
Rukuk Sebagai tikar kita didalam kubur
Iktidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur
Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim
Duduk Antara Dua Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
Duduk Antara Dua Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar
Tahiyat Akhir Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur
Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka didalam kubur
Salam Memelihara kita didalam kubur
Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah

PeRiHaL 7 aYaT...

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

  • Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  • Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  • Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
  • Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  • Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  • Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
  • Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

JaNGaN BeRSeDiH BiLa HaRTa SeDiKiT KeRaNa Di DaLaMNYa TeRDaPaT KeSeLaMaTaN...

"Setiap kali hati ini senang dan bahagia kerana harta yang banyak , maka hati akan membeku.Oleh itu , lebih baik harta yang sedikit tetapi kita selamat dan kebekuan hati di sisi lain , perasaan zuhud terhadap dunia merupakan kenyamanan yang diberikan oleh ALLAH s.w.t kepada hamba-Nya yang dikehendaki......."

Thursday, October 16, 2008

AuRaH WaNiTa...


1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki
( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya ,
maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31

5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah :
Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali : pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31

" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama ,
ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ..Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) " An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu ,
puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina)
dan menta'hati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "
Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "
Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu ,
anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab
( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu .
Allah maha pengampun lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59

13 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'hati suaminya, segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

ReNuNGKaNLaH....

Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah..

Perasaan insan sama
Ingin cinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang Tuhan beri

Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah..


Lagu asal oleh J. Mizan
Dinyanyikan semula oleh Hijjaz.